"jangan buat sesuatu kerana semangat. bukan tidak baik, cuma semangat akan luntur. sampai satu saat,kamu akan bosan,tidak bermaya. tapi buatlah sesuatu kerana kamu faham.biar pada saat kamu lemah sekalipun, proses itu tetap akan berjalan..insyaAllah.."



hah,baru tahu rasa susah macam mana nak DF.macam mana lah perasaan rasullah dulu,kena pulau kena caci.
kadang rasa macam tak mampu,kadang rasa betul ke jalan ini yang aku pilih?
sampai sekarang aku masih mencari 'faham' yang belum aku jumpa.yang bila mana aku faham aku dapat grab dengan betul betul.peluk kuat-kuat tak mahu lepas.

semangat?harini mungkin membara ,tapi besok belum tentu masih sama.jalan ni,bukan jalan yang dibentangi karpet merah merah,diberi emas permata.tak T_T

kalau kita buat kerana flow,kita rugi segala.

susah?payah ?berat?rasa macam nak give up?

surah al-balad(:4)
"We have certainly created man into hardship."
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)"

allah bukan mencipta manusia sia-sia khairunisa.
allah bukan saja-saja meletakkan kau disitu
allah bukan saja-saja bagi kau rasa seorang
allah bukan saja-saja letak kau dalam kelompok yang kau tak kenal
tapi mungkin ini semua baru permulaan? :)

untungnya jadi orang islam sebab kau akan tahu setiap ujian pasti ada hikmah
setiap dugaan ada dinding sabar
setiap kesulitan ada kemudahan
setiap segala perkara,dimana sahaja
ada Dia.
yang connectionnya kita dengan DIA coverage tidak terbatas
bila rasa beban ,tak mampu nak tanggung
sujud,mohon,doa.

akhir-akhir ni,rasa macam nak menangis selalu,sebab rahmat allah sangat luas tak terbatas T_T