bila dunia tidak mengkhabarkan khabar berita tentang saudaraku
aku terlupa
semangat yang pernah aku suarakan
tangisan yang penuh esakan
hanya dusta



kalau benar aku mengerti
kalau benar derita mereka turut aku rasai
kalau benar jihad seperti mereka yang aku ingini
semangatku takkan lapuk



sedang malaysia tanah air-ku aku tangisi
kerana tidak dapat pulang beraya
tanah airku kedua,
palestina
menderita
masih berterusan menderita
dan aku masih bergelak ketawa

"dimana kamu semua ummat islam??"

dan ya
aku masih lagi di sini
 sebagai pemerhati